Thursday, September 9, 2010

perusahaan tani di kebun bapa..

selain menanam koko, lada dan getah sebagai tanaman komersial, bapa saya turut mengusahakan kolam ikan dan ayam daging dan sedikit ayam kampung.. pada awal tahun 2004, bapa saya memulakan semua ini hanya dengan tenaga yg ada tanpa bantuan kewangan daripada sesiapa pun tidak kira dari pihak keluarga atau pun pihak yang berkaitan..

titik permulaan dalam perubahaan hidup.

Bisikan roh yang pertama
3.01.2006 selasa
10.00 pm
Seperti malam yang lain, saya kembali ke bilik sendiri (di blok D no.8 Uma Bawang Sg. Assap) untuk istirehat. Tetapi malam ini tidak seperti malam-malam yang lepas dan bermacam-macam perasaan.
Yang paling aneh ialah saya sedikit pun tidak rasa ngantuk. Saya benar-benar memaksa diri untuk tidur tetapi usaha saya gagal. Di saat saya memaksa diri untuk tidur iaitu lebih tepat lagi ketika saya cuba memejamkan mata, tiba-tiba dua lembaga muncul dihadapan tirai (bilik di bawah tangga) berhadapan tempat pembaringan saya.
Seorang laki dan seorang lagi perempuan. Waktu itu sudah pun masuk pukul 12.00 tengah malam..
Hati saya tertanya-tanya dari mana datangnya dua lembaga sedangkan pintu sudah dikunci rapat. Sedangkan saya seorang saja penghuni bilik ini. Sedikit pun tidak terdengar bunyi tapak kaki orang di dalam bilik.
Bila sahaja saya bingkas bangun lalu mencapai lampu suluh, orang tadi masuk semula kedalam kamar tadi. Ini terbukti bahawa tirai tadi masih bergoyang setelah bangun saya masuk mengikuti lalu memeriksa dalam kamar tetapi tiada orang berada di dalam Cuma timbunan tilam saja yang tersusun rapi. Saya kembali baring semula. Setelah baring selang beberapa saat saya, kedua orang itu muncul semula. Saya bingkas semula dan periksa tapi masih juga seperti tadi. Tiada orang yang menyorok di bawah tilam setelah di selongkar. Perkara ini berulang beberapa kali